Monday, 20 January 2014

My Expectation About My Program



Wootttt wootttt. Haii haii haii! Berjumpa lagi kita. Huhuh. Buat semak je aku ni kan? Ehh kisah pulak aku kalau semak :p Dah2 aku tak nak membebel banyak. Sekarang aku nak bagi tahu pengenalan tentang kos yg aku ambik .

Oraitttt !

PENGENALAN KOS PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN .

Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan merupakan
satu program yang dikenali dan diiktiraf oleh majikan di seluruh dunia .

Program ini digabungkan untuk membantu pihak pengurusan dari segi
merancang , melaksana dan menggunakan kemahiran yang diperlukan di dalam pelbagai industri logistik dan pengurusan rangkaian bekalan .

Kandungan program ini direka dan dibangunkan bagi membolehkan pelajar dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan segala aspek di dalam bidang logistik dan pengurusan rangkaian bekalan .

Industri import & eksport dalam industri logistik, pengangkutan amat penting kerana penghantaran bekalan atau pun barangan dibuat melalui tiga cara pengangkutan iaitu udara , air dan darat . Bidang logistik dan pengurusan rangkaian bekalan menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada bakal graduan kerana ia merupakan kerjaya yg berprospek tinggi .

Pengurusan logistik dan pengangkutan udara,darat dan laut menyediakan peluang kerjaya profesional yang begitu meluas di Malaysia mahu pun ANTARABANGSA . Pelajar akan didedahkan dengan aspek pengendalian logistik logistik,pengangkutan,pergudangan dan kargo di dalam dan luar negara .

PROSPEKS KERJAYA

Graduan program ini berpeluang menjawat jawatan sebagai Supply Chain Executives/officers, Logistics Executives / Officers, Purchasing Executives/officers, Production Executives/Officers, Distribution Centre Executives/Officers, Logistics planner, Transport planner, Production planner, Inventory Control Executives di sektor awam dan swasta ( pengurus pengangkutan & logistik, perancang logistik udara, laut dan darat, pengurus gudang dan penyimpanan, pengurus laluan logistik (Route) , personal import/eksport kargo & logistik ) .






Haaa . Ney jelahh yg aku tahu pasal PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN . Pasal import/eksport kargo, warehouse & ape2 semua tu la.
Harap2 korang yg baca tu xlah boring sgt tgk blog aku ney.

Okk laa .
Rasanya xder apa lagi yg aku nk ckp bt masa ney .
Kalau ada apa2 , nnti kita jumpa lg itu pun kalau panjang umur .

Sebelum nk ke mna2 . Tinggalkan senyuman kt sni yer .

Haa senyum mcm ney



ASSALAMMUALAIKUM !

My Interest



Assalamualaikumm kawan kawannn Shamsul disini. Saya baru je nak belajar tentang blogger ni :)) Tak berapa nak pandai sangat guna menatang ni tapi sokeyy saya belajar jugak guna :DD Orang kata usaha tangga kejayaan kan? Sekarang saya tengah usaha nak perbaiki blog saya yg berterabur ni. Maaf kalau blog saya ni berserabut, biasa lah blog lelaki kan. Hahaha :p


Hari ini saya ingin cerita tentang minat saya iaitu bidang permotoran. Semasa kecil saya minat sangat dalam pemotoran ini. Setiap kali balik dari sekolah ,saya akan singgah di kedai buku untuk membeli majalah yang paling saya minat iaitu 'rossi 46'. Majalah ini menerangkan secara mendalam tentang pemotoran ini. Nak tahu apa itu 'rossi 46'? Haaa ini lah dia~~





Selain itu , setiap hujung minggu saya akan menonton rancangan kegemaran saya iaitu 'motor kesayanganku' di tv9. Rancangan ini telah menarik minat saya dalam bidang permotoran. Semasa umur saya 15tahun , ayah saya membelikan saya sebuah motor jenama honda c70 . Saya terlalu seronok dengan pemberian ayah saya. 


Banyak kenangan manis dan pahit saya bersama motor itu. Saya pernah kemalangan dengan motor itu. Hal ini menyebabkan tulang kaki sebelah kiri saya patah. Saya mempuyai keinginan yang besar yang hendak diceritakan kepada semua. Saya inginkan sebuah motosikal berkuasa tinggi. Saya inginkan motosikal berjenema yamaha r6. Motosikal ini pernah ditunggang oleh pelumba yang saya minati iaitu Rossi.


Saya ingin belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian saya ini. Sampai di sini saja yang saya mahu ceritakan tentang minat saya dalam bidang pemotoran ini. Jumpa lagi di post akan datang okeyy. Byee semuaa :)