Assalamualaikum kawan kawan ♥
Selamat datang ke blog saya. Semoga bergembira semasa melawat blog saya. Hai stalker semua. Saya tahu korang semua tengah stalker saya kan? Haa kantoi sudahhhhh :D Takpe takpe, watt lekk watt peace sudah. Hoho. Okey stop merepek. This page about me atau di translate tentang diri. Tentang diri siapa? Ofcoz lah tentang diri saya ;) *kenyit mata sikit. Hihi
Firstly korang mesti nak tahu nama saya kan? Nama yg diberi oleh mak papa saya Mohamad Shamsul Azhar bin Mahmud. Mahmud tuh nama papa saya, AHAHAHA. Sedap kan nama saya tuh? Korang tak payah bagi tahu sedap pun, saya dah tahu memang sedap. Hewhew :p Korang semua tak perlu lah panggil nama penuh saya, korang boleh panggil saya 'CHOCOI'. Reti sebut tak tuh? Hahaha. Sejak saya kecil lagi kawan kawan saya semua panggil saya Chocoi. Bila kawan kawan saya panggil Shamsul or Azhar mesti saya rasa kekok sangat, huhhhh.
Saya lahir kat dunia ni pada 04.07.1995 kat hospital seri manjung, perak. Lambat kan saya lahir? Orang yg lahir bulan satu dah boleh merangkak tapi saya baru nak lihat dunia, huhh. Tapi saya tak kisah, saya berterima kasih sangat kat mak saya sebab lahir kan saya kat dunia ni. Thankyou somuch mom, iloveyoumuchmore! :* Hewhew omg! Sweet nyaa aku, maluu doeee. Lalalalala~ Nak tengok gambar saya bila dah besar tak? Kejap ehh saya upload~~~~~ Loading.......................
Okey done! Ni lah saya
Untuk pengetahuan korang saya suka sangat dengan warna purple. Cer korang tengok kat blog saya banyak warna purple kan? Hihi nak buat macam mana dah minat dengan warna tuh. Warna tuh boleh menenangkan saya. Look so soft ^^ Sebab tuh saya suka warna purple. Saya jugak suka minum air teh o ais, nak tahu sebab apa? Sebab air tuh yg paling murah kat kedai kalau nak jimat. HAHAHA ehh tak ada lah, saya suka minum jus oren. Btw saya tak kisah pun air apa, janji dapat minum. Risau tercekik payah pulak kan :DD Tapi kan kan kan, yang paling penting saya suka makan chicken chop. Nyumm nyumm sedap nya kalau dapat sekarang, terluir den dibuatnya *haa kan keluor perok teman* Kantoii wehhh kantoii Wkwkwkw. Seriusly saya suka makan, saya kuat gila makan. Yang pelik nya kenapa saya tak gemuk gemuk? Cekeding dari dulu sampai sekarang, jenuh ohh makan banyak sebab nak gemuk tapi tak ada hasil. Huhhh -____-
For all information, saya sekarang sambung belajar dekat Politeknik Seberang Perai, Pulau Peneng (PSP). Saya amek kos Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan. Kos ni sangat penting kerana di kenali dan di iktiraf di seluruh dunia. Saya terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk belajar kos ni so saya berharap saya boleh berjaya bila amek kos ni, inshaAllah. Biar susah sekarang senang di kemudian hari kan? Saya akan usaha yg terbaik di setiap asignment diberi. Cayokkk cayokk :DD
Saya suka berkawan, so kepada sesiapa yg singgah dan baca blog saya follow lah saya ye? Dengan keizinan Allah kalau saya tak busy saya akan follow awak balik ;) Sorry saya bebel panjang2 macamni, hoho. Blog saya simple je, biasalah blog lelaki tak cute macam blog perempuan. Jadi lah kan, saya ada jugak blog. Wekkk :p Thanks untuk sesiapa yg baca sampai ke bawah. Salam perkenalan kawan kawan :))
*Saya nak belajar pandai pandai. Nak bagi makpapa saya menagis dalam senyuman dengan kejayaan saya. Dan NAK BUAT YG TERBAIK DALAM APA SEKALI PUN! YESS! Saya boleh! :')