My Interest
Assalamualaikumm kawan kawannn Shamsul disini. Saya baru je nak belajar tentang blogger ni :)) Tak berapa nak pandai sangat guna menatang ni tapi sokeyy saya belajar jugak guna :DD Orang kata usaha tangga kejayaan kan? Sekarang saya tengah usaha nak perbaiki blog saya yg berterabur ni. Maaf kalau blog saya ni berserabut, biasa lah blog lelaki kan. Hahaha :p
Hari ini saya ingin cerita tentang minat saya iaitu bidang permotoran. Semasa kecil saya minat sangat dalam pemotoran ini. Setiap kali balik dari sekolah ,saya akan singgah di kedai buku untuk membeli majalah yang paling saya minat iaitu 'rossi 46'. Majalah ini menerangkan secara mendalam tentang pemotoran ini. Nak tahu apa itu 'rossi 46'? Haaa ini lah dia~~

Selain itu , setiap hujung minggu saya akan menonton rancangan kegemaran saya iaitu 'motor kesayanganku' di tv9. Rancangan ini telah menarik minat saya dalam bidang permotoran. Semasa umur saya 15tahun , ayah saya membelikan saya sebuah motor jenama honda c70 . Saya terlalu seronok dengan pemberian ayah saya.
Banyak kenangan manis dan pahit saya bersama motor itu. Saya pernah kemalangan dengan motor itu. Hal ini menyebabkan tulang kaki sebelah kiri saya patah. Saya mempuyai keinginan yang besar yang hendak diceritakan kepada semua. Saya inginkan sebuah motosikal berkuasa tinggi. Saya inginkan motosikal berjenema yamaha r6. Motosikal ini pernah ditunggang oleh pelumba yang saya minati iaitu Rossi.
Saya ingin belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian saya ini. Sampai di sini saja yang saya mahu ceritakan tentang minat saya dalam bidang pemotoran ini. Jumpa lagi di post akan datang okeyy. Byee semuaa :)
