
Wootttt wootttt. Haii haii haii! Berjumpa lagi kita. Huhuh. Buat semak je aku ni kan? Ehh kisah pulak aku kalau semak :p Dah2 aku tak nak membebel banyak. Sekarang aku nak bagi tahu pengenalan tentang kos yg aku ambik .
Oraitttt !
PENGENALAN KOS PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN .
Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan merupakan
satu program yang dikenali dan diiktiraf oleh majikan di seluruh dunia .
Program ini digabungkan untuk membantu pihak pengurusan dari segi
merancang , melaksana dan menggunakan kemahiran yang diperlukan di dalam pelbagai industri logistik dan pengurusan rangkaian bekalan .
Kandungan program ini direka dan dibangunkan bagi membolehkan pelajar dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan segala aspek di dalam bidang logistik dan pengurusan rangkaian bekalan .
Industri import & eksport dalam industri logistik, pengangkutan amat penting kerana penghantaran bekalan atau pun barangan dibuat melalui tiga cara pengangkutan iaitu udara , air dan darat . Bidang logistik dan pengurusan rangkaian bekalan menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada bakal graduan kerana ia merupakan kerjaya yg berprospek tinggi .
Industri import & eksport dalam industri logistik, pengangkutan amat penting kerana penghantaran bekalan atau pun barangan dibuat melalui tiga cara pengangkutan iaitu udara , air dan darat . Bidang logistik dan pengurusan rangkaian bekalan menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada bakal graduan kerana ia merupakan kerjaya yg berprospek tinggi .
Pengurusan logistik dan pengangkutan udara,darat dan laut menyediakan peluang kerjaya profesional yang begitu meluas di Malaysia mahu pun ANTARABANGSA . Pelajar akan didedahkan dengan aspek pengendalian logistik logistik,pengangkutan,pergudangan dan kargo di dalam dan luar negara .
PROSPEKS KERJAYA
Graduan program ini berpeluang menjawat jawatan sebagai Supply Chain Executives/officers, Logistics Executives / Officers, Purchasing Executives/officers, Production Executives/Officers, Distribution Centre Executives/Officers, Logistics planner, Transport planner, Production planner, Inventory Control Executives di sektor awam dan swasta ( pengurus pengangkutan & logistik, perancang logistik udara, laut dan darat, pengurus gudang dan penyimpanan, pengurus laluan logistik (Route) , personal import/eksport kargo & logistik ) .
Haaa . Ney jelahh yg aku tahu pasal PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN . Pasal import/eksport kargo, warehouse & ape2 semua tu la.
